Monday, March 7, 2011

merah itu indah

hahaha rasa poyo pulak nak terus post kat blog pasal match liverpool vs man utd tadi. well liverpool menang 3-1 dengan dirk kuyt scored hat-trik (1st time as a liverpool player). malam ni jugak baru semua orang nampak betapa gempaknya luis suarez. dribbling skill yang awesome! setakat rafael dengan smalling tu ape lah sangat kan. akhirnya andry carroll membuat penampilan sulung dia untuk liverpool. 1st time masuk, 1st time header, 1st time on target. itu yang liverpool perlukan sekarang ni; aerial. credit aku bagi untuk man utd, main ok dah cume bila dah takde vidic dengan ferdinand nampak sangat yang dorang punye defensive tak berapa baik. setakat gaduh-gaduh tu biasa lah, liverpool vs man utd if tak gaduh macam tak sah lah kan?

so man of the match tak lain dan tak bukan ialah dirk kuyt, tapi bagi aku personally aku pilih luis suarez. 1st goal kalau tak kerana footwork suarez yang gempak tu aku rase takkan gol. plus kalau kuyt tak sentuh bola tu pon dah gol dah aku rase. then third gol tu pulak suarez punye free kick dah gempak so kuyt pon tap in sudaa. overall liverpool main bagus, tak maca lawan west ham aritu. so lepas ni sure lah ramai yang gila dengan kuyt pulak kan? haha dye memang setia dengan liverpool rasenye, sampaikan anak dia bercakap pun dah macam orang-orang2 liverpool.

pada mereka yang tak kenal sape dirk kuyt ni sila lah google k. aku pon tak kenal sangat dia ni. yang aku tahu first pro club dia ialah fc utrecht. masa aku main game fifa manager aku penah beli dia main tuk liverpool, well memang takdir dye tuk jadik player kat liverpool. ok taip panjang-panjang pon buat orang malas nak baca, nak-nak pulak pasal bola. go arsenal!! (menang title, jangan bagi man utd pecahkan record liverpool ^^)

and yeah safee sali dah pun menjaringkan gol pertamanya untuk kelab baru dia