Saturday, March 5, 2011

kerana dirimu begitu berharga..

okay aku bukan nak cakap pasal makeup (tiada line merah ye) tapi tertarik dengan satu artikel yang aku found out kat fb. berpegang tangan dengan yang bukan mahram hukumnya ialah dosa. well for sure ramai yang sudah sedia maklum tapi yang peliknya kenapa masih ramai lagi yang buat-buat tak faham je? mari kita siasat

korang semua ingat lagi tak masa kecik-kecik dulu? bila terkena kulit/tangan lelaki/perempuan, cepat-cepat tangan kita tu dialihkan. alasannya? tak sengaja (klise gila). tapi bila dah tua bangka terus hilang ke-tidak-sengaja-an tu kan? selagi boleh pegang mesti pegang. dah macam wajib dah berpegangan tangan tu. manusia ni bila nak something sanggup buat apa saja asalkan semuanya tercapai. masa ni akal dah tiada, otak kat kepala tu dah macam organ yang tiada makna (otak tu organ kan?). standard lah manusia, tak pernah lari daripada buat silap. tapi silap tu tak pernah kejar kita kan?

benda yang menyeronokkan selalunya membawa kepada kelalaian. tipu lah if aku sendiri tak pernah pegang tangan so called awek dulu. sekarang aku dah sedar dan cuba untuk menyedarkan mereka yang masih lagi lupa. bukan mereka tak tahu tapi lupa. banyak lagi isu yang aku nak cakap tapi buat masa sekarang ni aku rasa cukuplah aku cakap pasal ni je dulu.

(post ini tidak ditujukan kepada individu-individu tertentu, cuma ingin berkongsi idea yang tidak pasti diterima atau tidak..)