Sunday, November 6, 2011

tora datang lagi!

hah akhirnya terbukak gak hati aku nak mengarut balek kat belog ni..well sorry ah entry before this aku cakap nak post balek after raya puasa eh? haha ntah aku sendiri dah lupe, last-last raya haji gak aku post yang latest punye hahaha. ah suke hati aku lah kan nak post ke tak -.-'

okay aku raya kat kl raya haji ni SORANG-SORANG. gagah tak aku? muahahaha ini kerana aku berasa sangatlah malas and tiada mood untuk merayakan raya haji kali ini. kenapa setiap kali raya je kena balek kampung? then pastu jalan jam nak mampos. pastu bising kena isi minyak, pastu bising dengan tol..well ni pun salah satu cara aku train diri supaya jangan biasakan or manjakan diri ni. alaaa dulu masa abes spm aku kerja time raya haji slamber badak je, ada lah sikit rasa sebak tu haha yelahkan first time lah konon raya sorang-sorang. pastu berangan nak sedey-sedey macam orang yang tak dapat balek raya macam dalam radio and tv tu haha wtf!

and yeah tadi tengok drama korea tajuk dia 'he who can't get marry'. aku suka plak tengok 2 last episodes drama tu, yelah baru lepas menyirap tengok liverpool lawan swansea then saje je bukak channel kbs tu then tros layan..apa yang boleh aku cakap drama tu buat aku senyum memanjang haha gile! takde ah sebab storyline dia best, hero perfectionist but heroine si dr.jang tu ah jenis yang chillax sket and dia bijak. bijak macam mana tu?

well dah kata doctor for sho lah bijak, and yes bijak yang aku maksudkan kat sini bukanlah bijak as in pandai or cerdik macam dalam exam tu..kiranya heroine dia pandai take heart (amek hati) hero hahaha..plus dengan perangai dia yang sweet-sweet matured gitu muehehe..and lepas wiki heroine tu dia memang dah tua pun but tak lah tua sangat..boleh cakap macam fazira wan chek tu lah..nak cari jodoh macam tulah hahaha gedik!

abes layan drama bukak fb then stalk orang haha macibai gile..well bukannye stalk betul-betul pun..dah ada ticker kat fb tu tengok jelah kan? haish terlalu ramai mereka yang fake kat dalam fb ni senanye and aku malas nak explain. hurm tengak cuti ni maybe aku akan 'rajin' post entry banyak-banyak dengan harapan tak akan ada orang yang perasan haha..oh yeah gua sayang november!

(peserta miss universe malaysia macam tak boleh blah je? just my opinion lah lolololololol)

Monday, August 1, 2011

My Beloved Puasa is Coming Back!!

alhamdulillah bulan ramadhan datang lagi! fuhh puasa kali ni aku betul-betul semangat nak rai/sambut/jalani haha..bulan ni lah peluang tuk kita tambah pahala memang senang sangat..dengan ada lagi solat terawikh, lailatul qadar peh layan seyh!..well aku ni jahat orangnye so bila dapat peluang macam ni takkan nak kasi lepas camtu je kan? so kite kena lah grab haha grab jangan tak grab peluang ni dengan baik..if kita puasa dengan bersungguh-sungguh, dosa-dosa kita akan dihapuskan..tu yang paling aku nak kejarkan sangat..dosa dihapuskan..TAPI BUKAN SENANG! manusia ni cakap senang tapi bila nak buat mak ai pomaleh ya amek cakap orang negri sembilan..aku dah plan macam-macam bulan puasa ni (tak payah lah kan cakap apa plan aku tu, biar aku dengan Allah S.W.T je yang tahu)

so aku harap sangat mereka yang lain berfikiran sama macam aku..jaga tingkah laku, percakapan, pemakaian, pergaulan..memanglah setan dah kena ikat tapi nafsu still ada..then bila segala perbuatan dah jadi tabiat tak payah ada setan pun automatically kita akan buat benda-benda yang tak best tu..lagi sekali cakap memang senang huhu cuba try test buat..anggaplah ni semua cabaran yang kita kena sahut..zaman Rasulullah SAW dulu lagi lah, time bulan puasa ni kena pergi perang taw!! *agak-agak lah if aku kena memang tak puasa lah jawabnye kan..kepada wanita-wanita yang rasa macam kental je bulan puasa ni, cuba korang kurangkan sikit kekentalan diri tu dengan kurangkanlah apa yang patut..cover rambut korang yg lembut tu dengan selendang pun dah okay if korang tak nak bertudung..yang pakai legging tu pun pakai lah kat rumah ye..kat luar pakai lah yang comel-comel sikit taw awak..yang penting diri misi aku dalam bulan puasa ni kena dicapai..kena kurangkan bercakap (jangan nak bahan orang then gelak besar-besar je kau lan!)

well mid term exam pun dalam bulan puasa so memang best sebab dapat study then dalam masa yang sama puasa..dah macam dapat boost dah tu kan? hehe okay lah lagi 30 hari (insyaallah..) aku akan update balik kat sini yaw! :D

Tuesday, July 26, 2011

syubiduba ppappappa

hoi bapak ah lame xpost kat sini haha yelah kan xkan every single day nak post..ehe blh je but kena ah ade material bak kata bloggers lain hahaha like shit..well aku xde menda pun nak post ni haaa..hidup berjalan seperti biasa, sesi pembelajaran pun begitu juga tapi kawan2 saya sudah masuk sekolah!!!

masuk sekolah here means jadik cikgu praktikal lah, whoa gila best plus mencabar!! kat sini lah yang akan membuktikan whether u gud or not eventho u're genius or noob student hahaha..praktikal xsama weh dgn apa yg korang blh imagine dlm kepala hotak korang tu..budak2 kat skola tu peduli apa dgn apa dgn korang nak grad ke ape jadah..so nak xnak kena gak ah korang perform masa praktikal tu nanti..sir azlan hurm bunyi mcm gay je kan? haha tapi yang pasti aku xkan bagi hw suh students aku salin essay bapak panjang buat 3copies n anta esoknya - alasan cikgu tu? hukuman sebab ada student buat salah. WTF! kot ye pun beragak lah kan? dunia nyata sememangnya bukan mainan..ia sememangnya nyata so point aku kat sini kau berangan lah mcm nak gile last2 ko kena gak face it..do or die, make a decision will ya?

Sunday, July 10, 2011

tetibe rasa macam best

"ish apa lah jodoh aku tgh buat skang ni ye?" yeah soalan ni kwn aku tanye dulu2 n soalan ni gak xde jwpn yg spesifik mcm dlm skema jawapan SPM tuh..well pernah tak korang terpikir ape lah jodoh korang tgh buat skng ni? first of all kita xtaw siapa jodoh kita nanti..mana yang dah kawen tu haaaa mungkin itulah jodoh korang smpai ke akhir hayat..mana yg kapel2 bagai tu MAYBE itulah jodoh korang but who knows rite? yang dah kawen berpuluh tahun pun blh cerai ni kan plak yang baru nak berjiwa-jiwa ni ..but aku pun x nafikan yang jodoh korang tu mmg dgn bf/gf tercinta korang skng ni..macam pompuan yang aku ske ni cakap, hal2 cani kita xleh nak predict..if ada jodoh ada lah, if xde xde lah..simple..benda yg abstrak cani mmg kita xbleh nak wt apa lah kan..manusia ni yg hidup sbg khalifah di dunia perlu melakukan apa yang disuruh n tinggalkan apa yang dilarang (amal makruf nahi mungkar) so benda2 yg di luar batasan kita ni jgn lah cuba2 slhkan takdir dan juga qada' n qadar..plus dunia ni pun mcm dah xlama, ntah sempat ntah tidak aku nak jiwa2 dgn jodoh aku nnti kan..well berpijak di bumi yang nyata ni selalunya mendatangkan kesan yang baik..mengimpikan sesuatu yang gempak n hebat tak salah but hey kalau dah jodoh tu x ke mana..pengetahuan agama saya masih lagi kurang, byk benda yg perlu ditambah (benda2 basic cm solat if tak tahu mmg makan kaki lah kan)..jadik diri sendiri pasti jodoh itu akan datang dgn sendirinya..

selamat malam jodoh

Friday, July 8, 2011

17 perkara jika aku jadi prime minister

yeah kalau aku jadik PM ape yang aku nak buat kat negara aku ye?

1. pasang UNIFI free satu malaysia (kalau korea blh takkan negara aku tak boleh kot?)
2. kaji balik harga minyak (kaji kasi turun bukan naik ok)
3. wajibkan semua isteri menteri-menteri aku yang beragama islam pakai tudung
4. menteri now nak bergerak jangan ada polis pengiring (buat jalam sesak je nanti, nak guna jalan tu timing pandai lah weh)
5. jadikan subjek bahasa cina dan bahasa tamil sebagai subjek wajib (agama kita galakkan kita belajar 4 bahasa)
6. semua menteri kena tunjukkan slip gaji kepada rakyat
7. wujudkan satu sekolah sukan di setiap negeri
8. selaraskan balik sistem pengambilan untuk pelajar IPTA dan juga IPTS
9. wajibkan semua menteri belajar bahasa malaysia, cina dan juga tamil
10. hapuskan syarikat-syarikat arak dan rokok (mana yg dah sangap sangat tu g beli kat negara lain)
11. hukum hudud ftw!!
12. skim gaji bagi guru dikaji (takde guru takde perdana menteri beb)
13. rakyat bebas bersuara (kita kan negara demokrasi)
14. media massa tiada yang pro kerajaan (biar semua natural baru best, income pun bertambah)
15. hapuskan legging
16. kemahiran bahasa malaysia dan bahasa inggeris setiap rakyat perlu balance (means BM pandai BI pun pandai)
17. *dibuka kepada setiap rakyat untuk memberi cadangan

kalaulah aku jadik perdana menteri hahaha mesti ada yang tak puas ati punye hehe