Saturday, April 16, 2011

big bang - tonight

post ni diilhamkan daripada issue kat fb aku..issuenye ialah - salah paham

perkara yang paling aku tak suka berlaku dalam persahabatan ni ialah salah paham sebab benda ni boleh buat aku tension, tak senang hati and rasa nak sepak je orang-orang yang gedik. adoi aku sendiri tak paham lah nape lah dorang ni sume perangai sume pakat nak sepakat sama je. ni mesti pengaruh tv kuat sangat ni, bila nak explain je mesti ayat "argh sudahlah jangan nak bersandiwara lagi!" ek eleh kau pehal kan tibe-tibe je nak cut pe yg aku nak cakap? haish maybe inilah hasil bila otak dah letak kat hati..

okay kalau gado depan-depan maybe kita boleh explain directly kan tapi if gado dalam message handphone tu yang masalah tu..okay ni aku bagi satu situation..

(mereka ni gado dlm hp)
ah pek (pompuan) : dah lah dye xyah lah nak explain pape!
ah kau (laki) : eh jgn lah salah paham..owg jz cakap je..
ah pek : thanx lah awk, bye!
ah kau : adoi marah lak dye..

start tu langsung lah si pompuan ni xreply message laki ni, next day laki tu keep on messaging pompuan tu tuk explain ebrything tp si minah ni off hp lah xreply tu memang lah kan. for sho laki tu tros mesej minah u kan tapi bila dye xreply hah cane nak solve dah misunderstanding???? MACAM MANA??????? LAGI SEKALI AKU TANYA MACAM MANA?????!!!!

aku kalau jadik pompuan tu sure rimas lah punye bila hari-hari dapat mesej tanye "hai" "tengah wtpe?" "busy?" orang cakap macam tu sebab taknak dah ungkit-ungkit hal yang dah lepas tapi bila kau senyap xreply ape jadah lak kan? matang lah sikit weh, TAK PAYAH NAK JAGA HATI PERASAAN BAGAI..laki kalau tacink kasi potong abes lah bawah tu!! pompuan straight forward sudaaaa.. cakap "aku xsuke ko msg2 aku lagi" haaa dah settle..mmg pasti punye laki akan cakap blkg tp pegi mati lah kan dye nak cakap ape..apa yg diperlukan hanyalah EXPLANATION..positive or negative explanation tu tak penting

dah lah aku pun dah xleh nak focus dengar lagu big bang - tonight sambil type panjang2 ni

Tuesday, April 12, 2011

seriously post ni tak boleh blah

okay post ni diposted semata-mata nak cakap pasal color merah hahaha so if tak baca pun takpe..well memang merah tu feveret color aku lah kan, banyak lagi color len yang aku suke macam itam putih biru kuning tapi yang paling memang merah lah kan..macam mana boleh aku suke merah ni pun aku tak ingat, maybe mase primary school dulu asyik dapat kelas 1 merah 2 merah 3 merah kot ahaha..hurm bile check almari ni baju merah ada sehelai je haha gila tak boleh blah kan? minat macam nak gila tapi? hehe tu tandanya aku ni bukan fanatic dengan merah ni..takkan nak menonggeng frust bile front cover esaimen color light purple lak kan? hehe no offense k..

haaa cukup lah rasenye aku merapu crap sume shit..masa untuk tidur..salam fellas ^^

(fatiha ismail tetap diutamakan dari segala)

Thursday, April 7, 2011

maaf dipinta

hahaha lame gilak weh xupdate sini!! sorry anak-anak buah aku yang setia hehehe..just nak update lagu je ni hehe okay bye

Tuesday, March 15, 2011

confuse itu keliru

okay sebelum aku taip dengan lebih banyak ingin diucapkan selamat datang kepada pengikut yang baru iaitu fatin shazwani..okay now dah ada 10 pengikut muahaha berbangga saya..terima kasih diucapkan ^^

ok semua final exam aku pon dah abes dah hari ini last paper..macam biasalah jawab tak pernah stay sampai abes masa..1jam lebih kurang then keluar..aku sendiri pelik macam mane lah aku boleh keluar awal..nak kata tak explain points memang aku explain..tulis pun dah mula start cantik-cantik..tak guna siap awal tapi result macam siot haha..don't worry lah lan sem ni kau betul-betul study..if pointer naik alhamdulillah sangat-sangat..3.0 and above menjadi sasaran..semoga menjadi kenyataan lah hendaknye hee amiiinn..

so kenapa title di atas sebegitu sekali bunyinya? gila menarik perhatian kan? haha tiada apa yang penting perlu diceritakan..setelah diparaphrasekan, title itu berkait rapat dengan feeling..mana kawan-kawan yang tahu tu baguslah..tak payah lah aku nak ceritakan..mana yang tak tahu tu mungkin belum masanya tuk aku cerita kepada umum..apa yang boleh aku cakap, diri ini berasa sangat tidak tenteram kerana rasa itu datang lagi..kekuatan diperlukan tahu! semoga cuti berjalan dengan baik..

(hikayat merong mahawangsa layak ditonton and tak sabar nak tunggu film "karak" keluar lepas ni)

Monday, March 7, 2011

merah itu indah

hahaha rasa poyo pulak nak terus post kat blog pasal match liverpool vs man utd tadi. well liverpool menang 3-1 dengan dirk kuyt scored hat-trik (1st time as a liverpool player). malam ni jugak baru semua orang nampak betapa gempaknya luis suarez. dribbling skill yang awesome! setakat rafael dengan smalling tu ape lah sangat kan. akhirnya andry carroll membuat penampilan sulung dia untuk liverpool. 1st time masuk, 1st time header, 1st time on target. itu yang liverpool perlukan sekarang ni; aerial. credit aku bagi untuk man utd, main ok dah cume bila dah takde vidic dengan ferdinand nampak sangat yang dorang punye defensive tak berapa baik. setakat gaduh-gaduh tu biasa lah, liverpool vs man utd if tak gaduh macam tak sah lah kan?

so man of the match tak lain dan tak bukan ialah dirk kuyt, tapi bagi aku personally aku pilih luis suarez. 1st goal kalau tak kerana footwork suarez yang gempak tu aku rase takkan gol. plus kalau kuyt tak sentuh bola tu pon dah gol dah aku rase. then third gol tu pulak suarez punye free kick dah gempak so kuyt pon tap in sudaa. overall liverpool main bagus, tak maca lawan west ham aritu. so lepas ni sure lah ramai yang gila dengan kuyt pulak kan? haha dye memang setia dengan liverpool rasenye, sampaikan anak dia bercakap pun dah macam orang-orang2 liverpool.

pada mereka yang tak kenal sape dirk kuyt ni sila lah google k. aku pon tak kenal sangat dia ni. yang aku tahu first pro club dia ialah fc utrecht. masa aku main game fifa manager aku penah beli dia main tuk liverpool, well memang takdir dye tuk jadik player kat liverpool. ok taip panjang-panjang pon buat orang malas nak baca, nak-nak pulak pasal bola. go arsenal!! (menang title, jangan bagi man utd pecahkan record liverpool ^^)

and yeah safee sali dah pun menjaringkan gol pertamanya untuk kelab baru dia